Skip to product information
1 of 1

Jspartgallery

Poster signed by Dato Syed Ahmad Jamal

Poster signed by Dato Syed Ahmad Jamal

Regular price RM5,000.00 MYR
Regular price Sale price RM5,000.00 MYR
Sale Sold out

Launch of Antara Langit dan Bumi Art Exibition

Dato' Syed Ahmad Jamal merupakan seorang yang serba boleh dalam lingkungan bidang seni lukis. Beliau dilahirkan pada 12 September 1929 di Bandar Maharani, Muar, Johor. Ketika dibangku sekolah lagi, beliau menunjukkan kecenderungannya terhadap seni lukis. Apabila ditanya oleh gurunya mengenai cita-citanya, beliau dengan yakinnya menjawab 'saya ingin menjadi seorang pelukis'.

Pada usia awal 20-an, beliau telah terkenal sebagai pelukis apabila memenangi hadiah pertama pertandingan melukis di Johor Bahru pada tahun 1950-an. Pada tahun 1951, beliau mendaftar sebagai pelajar di Chelsea School of Art. Pengajiannya diteruskan sebagai pelajar di University of London's Institute of Education pada tahun 1955. Hasilnya, beliau menghasilkan Bather by The Sea (1957) dan Duel in The Snow.

Karya ini dilihat sebagai gaya ekspresionisme abstrak oleh anak Melayu gandingan lenturan berus pengaruh barat dan latar belakang perkampungan Melayu. Antara pameran solo beliau adalah Retrospective Exhibition pada tahun 1975 di Balai Seni Negara, Syed Ahmad Jamal, A Historical Overview 1954-1994 pada tahun 1994 di Galeri Seni Nanyang, Kuala Lumpur, Antara Langit & Bumi (Between Heaven and Earth) pada tahun 2000 di Galeri PETRONAS.

Allahyarham Dato' Syed Ahmad Jamal berkarya gaya Ekspresionis Abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang berasakan kepada gerak isyarat dan emotif. Beliau dianggap pelukis pertama yang menerokai "Catan Non Objektif" melalui karya bertajuk "Umpan" (The Bait), sebuah karya agung yang dihasilkan pada rahun 1959, Penggunaan awal tulisan Jawi di dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah  menjadikan beliau  sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas.

Semasa hidupnya, beliau berperanan sebagai pelukis, penulis, pemimpin persatuan dan pentadbir dapat dipegang serentak tanpa banyak masalah. Keunikan memainkan semua peranan ini amat jarang dimiliki oleh seorang pelukis apatah lagi melakukannya dengan cemerlang sekali. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

Sumbangan yang tidak ternilai terhadap perkembangan seni dan budaya ini melayakkan beliau sebagai Seniman Negara ke-2 pada tahun 1995. Beliau meninggal dunia pada 30 Julai 2011 di usia 82 tahun. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu Gombak.

Sumber: Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara

View full details